Rabu, 6 April 2022

Sejarah Sekolah

 Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam mula didirkan pada tahun 1898. Pembinaan pertama merupakan sebuah bangunan kayu yang tegap di atas tapak sekolah yang ada sekarang. Namun, bangunan ini telah dirobohkan dalam tahun 1972. Mengikut cerita beberapa orang penduduk tempatan yang asal, kedudukan awal sekolah ini bertentangan dengan tapak sekarang. Bangunan beratapkan nipah, berdinding anyaman pelepah rumbia dan berlantaikan tanah.

Pembinaan kedua ialah pada tahun 1932. Ia merupakan sebuah bangunan dua tingkat separuh kekal memuatkan empat buah bilik darjah. Bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai. Sayangnya bangunan peninggalan sejarah ini telah diwartakan tidak selamat digunakan lagi pada 5 Oktober 1994. Oleh itu demikian kerana bangunan ini telah dibaik pulih pada tahun 1995.

Pembinaan ketiga ialah bangunan kekal 2 tingkat terdiri daripada 4 buah bilik darjah dan pejabat, didirikan pada tahun 1972. Manakala pembinaaan keempat pula memuatkan 7 buah bilik darjah dan sebuah perpustakaan dibina pada tahun 1982.

Pada Julai 1994, sebuah bangunan tambahan telah dibina yang turut memuatkan 8 buah bilik darjah. Seterusnya pada tahun 2001 sebuah lagi bangunan tambahan 4 tingkat telah dibina yang mengandungi 12 buah bilik darjah, makmal sains, bilik muzik, bilik kesihatan dan rawatan, serta bilik bimbingan dan kaunseling bagi menampung keperluan dan pertambahan pelajar yang kian pesat.

Dengan pembangunan pendidikan yang kian pesat, infrastruktur Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam telah pertingkatkan dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan semasa. Pada tahun 2002, bagi memenuhi keperluan semasa dan selari dengan perkembangan pesat ICT, sebuah makmal teknologi maklumat telah dibina yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk meneroka era globalisasi dan glokal. Kini sekolah ini mempunyai 5 buah blok bangunan asas yang dikenali sebagai blok A, blok B, blok C, blok D dan blok E.




0 Comments:

Catat Ulasan