Jumaat, 29 April 2022
Sabtu, 23 April 2022
Jumaat, 22 April 2022
Rabu, 20 April 2022
PROGRAM JOM BACA BERSAMA
*Program Jom Baca 10 Minit*
Tarikh : 21 April 2022
Masa : 11.00 - 11.10 am (serentak 1 Malaysia)
https://www.youtube.com/watch?v=IHLJ2qT35r4
🔆 Mohon semua guru yg berada dlm kelas hari ni, maklumkan pd murid *untuk bawa bahan bacaan sendiri dr rumah esok!!*
🔆 Guru yg berada dlm kelas waktu tsebut perlu jalankan program ini..
🔆 Mohon ambil sekeping gambar yg paling kreatif dan pm pd Cikgu Rosma..
Terima kasih
Selasa, 19 April 2022
Khamis, 14 April 2022
MAJLIS WATIKAH PEMIMPIN KECIL 2022
Majlis disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Encik Mohamad Husni Bin Haron.Semoga mereka dapat menjalankan tugas dengan baik
Selasa, 12 April 2022
Jumaat, 8 April 2022
PROGRAM SUSU SEKOLAH(PSS) 2022/2023
*PROGRAM SUSU SEKOLAH ( PSS ) 2022-2023*
PSS KPM di SK Bagan Ajam akan mula dilaksanakan mulai 6/4/2022. Setiap pagi selama 190 hari ,
semua murid RMT/PSS akan diberikan sekotak susu untuk diminum di sekolah .
Semasa bulan puasa , *susu akan dibekalkan kepada murid RMT/PSS yang beragama Islam untuk di bawa pulang* . Mohon pastikan anak tuan/puan mengamalkan langkah-langkah yang betul semasa minum susu seperti dalam video di bawah .
Khamis, 7 April 2022
ONE PAGE REPORT AKTIVITI HEM
Rabu, 6 April 2022
PROGRAM BACK TO SCHOOL
Program ‘Back To School’ merupakan salah satu dari Program Amalan Guru Penyayang. Dengan terlaksananya program ini bermakna semua warga sekolah khasnya SK Bagan Ajam amat mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah. Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid SK Bagan Ajam telah dijalankan pada 21 Mac 2022 bersamaan hari Isnin pertama persekolahan sesi 2022 yang lalu. Para pentadbir dan anggota Polis Perhubungan Sekolah beserta guru-guru bertugas telah bersama-sama menjayakan program ini. Murid-murid diberikan ‘ face mask’ di pagar masuk sekolah sebagai tanda alu-aluan merek ke sekolah.
PERTANDINGAN DARE TO SPEAK DAERAH SPU
Congrats to Nur Amirah Zahra Bt Amir Hamzah for joining the DARE TO SPEAK competition. Keep on going.
Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam mula didirkan pada tahun 1898. Pembinaan pertama merupakan sebuah bangunan kayu yang tegap di atas tapak sekolah yang ada sekarang. Namun, bangunan ini telah dirobohkan dalam tahun 1972. Mengikut cerita beberapa orang penduduk tempatan yang asal, kedudukan awal sekolah ini bertentangan dengan tapak sekarang. Bangunan beratapkan nipah, berdinding anyaman pelepah rumbia dan berlantaikan tanah.
Pembinaan kedua ialah pada tahun 1932. Ia merupakan sebuah bangunan dua tingkat separuh kekal memuatkan empat buah bilik darjah. Bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai. Sayangnya bangunan peninggalan sejarah ini telah diwartakan tidak selamat digunakan lagi pada 5 Oktober 1994. Oleh itu demikian kerana bangunan ini telah dibaik pulih pada tahun 1995.Pembinaan ketiga ialah bangunan kekal 2 tingkat terdiri daripada 4 buah bilik darjah dan pejabat, didirikan pada tahun 1972. Manakala pembinaaan keempat pula memuatkan 7 buah bilik darjah dan sebuah perpustakaan dibina pada tahun 1982.Pada Julai 1994, sebuah bangunan tambahan telah dibina yang turut memuatkan 8 buah bilik darjah. Seterusnya pada tahun 2001 sebuah lagi bangunan tambahan 4 tingkat telah dibina yang mengandungi 12 buah bilik darjah, makmal sains, bilik muzik, bilik kesihatan dan rawatan, serta bilik bimbingan dan kaunseling bagi menampung keperluan dan pertambahan pelajar yang kian pesat.Dengan pembangunan pendidikan yang kian pesat, infrastruktur Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam telah pertingkatkan dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan semasa. Pada tahun 2002, bagi memenuhi keperluan semasa dan selari dengan perkembangan pesat ICT, sebuah makmal teknologi maklumat telah dibina yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk meneroka era globalisasi dan glokal. Kini sekolah ini mempunyai 5 buah blok bangunan asas yang dikenali sebagai blok A, blok B, blok C, blok D dan blok E.